Senin, 17 Maret 2014

Sedih 5 Tahun Memikul “Rumah”

Dengan kulit kulit yang telah hangus dibakar matahari dan kasut yang lusuh, Liu Lingchao berjalan sehari2 sambil membawa 1.5 meter lebar, 2.2 meter “rumah” di atas bahunya. Selepas berjalan kira-kira 50 meter, dia meletakkan ke “rumah” itu dan mula mengutip sampah sarap yang boleh dikitar semula atau sampah yang masih boleh diguna pakai, dia mengulangi ini berulang2 kali.
Liu Lingchao berumur 38 tahun berasal dari wilayah Guangxi Liuzhou bandar Rong’an daerah bandar Tantou. 20 tahun yang lalu, beliau meninggalkan kampung halamannya untuk mencari kerja di kawasan Guangzhou dan Shenzhen. Atas desakan hidup yang miskin, 5 tahun yang lalu dia telah membuat sebuah “rumah” sampah kira2 seberat 60kg dan berjalan dari Guangdong untuk pulang ke kampung halamannya. Sepanjang perjalanan, Liu Lingchao enggan menerima bantuan sesiapa, bergantung hanya pada mengumpul sisa dibuang untuk hidup dari hari ke hari.
Sehingga hari ini (27 Mei 2013) hanya mempunyai kira-kira 20 kilometer lagi sebelum tiba di kampung halamannya. Sungguh gigih.!
ReadFull Article ..

Minggu, 16 Maret 2014

KL Gangster 2 Keluar Pawagam Oktober Ini

KL Gangster 2

Filem sekuel KL Gangster 2 yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat dijangka akan ditayangkan pada Oktober ini.
Memetik laporan Berita Harian, Syamsul Yusof yang merupakan pengarah dan pelakon dalam filem bergenre aksi ini, ada alasan tersendiri kenapa filemnya itu diperap terlalu lama selepas kejayaan yang diraih menerusi KL Gangster.
“Bukan tidak boleh menyelesaikan filem ini cepat, tetapi saya tidak mahu dikenali sebagai pengarah yang mahu mengejar keuntungan.
“Saya mahu filem yang ditinjauankan akan terus diingati penonton dan itu yang membuatkan saya teliti kerana sebagai pengarah, saya mencari kepuasan dalam berkarya,” katanya.
Filem terbaru terbitan Skop Productions itu menelan belanja sebagak RM4 juta dan dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Rosyam Noor, Aaron Aziz dan Adi Putra.
Untuk makluman, KL Gangster yang ditayangkan pada 2011 telah mencatat sejarah dalam kutipan jualan tiket filem tempatan apabila berjaya memperolehi sebanyak RM12 juta dan menjadi filem tempatan paling laris di pawagam setakat ini.
Oleh: AUDREY LEE
ReadFull Article ..

Jumat, 14 Maret 2014

Aidilfitri ketepikan dendam politik

Harakahdaily

Muhamad Yusri Amin, 17 Ogs 2012
KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hendaklah mengenepikan dendam politik terhadap rakyat Kelantan dengan mengambil kira semangat Aidilfitri yang bakal menjelang.

Anak-anak muda mahu kerajaan persekutuan mengutamakan kepentingan rakyat termasuk membina lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang sebagai melengkapkan komitmen kerajaan negeri merancang Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Negeri Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, sudah sampai masanya kerajaan pusat tidak lagi mengamalkan politik sempit sehingga menyusahkan rakyat.

Lagi pun katanya, hak rakyat untuk mendapatkan lebuh raya sebagaimana negeri-negeri lain dinafikan sejak 1985.

“Banyak kemalangan yang berlaku di Kelantan kemungkinannya berpunca jalan yang sempit tidak mampu menampung pertambahan kenderaan terutamanya di musim perayaan sekarang.

“Terbaru tragedi 10 kakitangan kerajaan nyaris maut apabila bas yang mereka naiki terhumbang ke dalam cerun di kilometer 57 jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Sungai Lakit, Gua Musang, awal pagi semalam,” katanya di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas mengagihkan 2,000 keping sampul duit raya kepada wakil-wakil setiap Parlimen di Kelantan di sebuah pasar raya petang semalam.

Hisyamuddin juga berharap kerajaan pusat segera menunaikan tuntutan pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan.

“Berikan royalti dan bina lebuh raya di negeri ini kerana adalah hak rakyat Kelantan yang diabaikan sejak sekian lama,” ujarnya.

Menurutnya tunggakan royalti petroleum 5 peratus kepada Kelantan kini berjumlah RM7 bilion sejak 2005.

R juga turun padang mengagihkan sampul raya kepada kakitangan jabatan kerajaan, agensi kerajaan negeri, persekutuan, pasukan keselamatan dan  media cetak.

Penagihan secara percuma dilakukan di agensi pelancongan, hospital, badan bukan kerajaan, kedai runcit, pasar raya seluruh Kelantan, Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Tesesco.

Turut diedarkan di Qaryah Ramadhan dan masjid di seluruh Kelantan serta di semua pintu masuk utama Kelantan hari ini dan esok.
ReadFull Article ..

Kamis, 13 Maret 2014

Benarkah Cinta Itu Buta Inilah Penjelasan Ilmiahnya

 
 "Cinta itu buta". Kata-kata itu sering diungkapkan seseorang ketika mereka dilanda asmara, gandrung atau merasa apa yang mereka lakukan benar. Tentu atas nama cinta.

Berpuluh-puluh tahun mantra itu dipercaya. Namun, tidak satu pun yang bisa menjelaskan secara ilmiah. Ilmuan dari University College London, Inggris, telah menguji dan membuktikan mantra itu benar.

Sang ilmuan mendeteksi area otak yang diaktifkan ketika seseorang ada dalam kondisi romantis atau merasakan cinta. Di saat yang sama, aktivitas area lain otak sedang tertekan. Bagian ini memengaruhi pikiran kritis seorang manusia.

Perasaan cinta menekan aktivitas saraf yang berhubungan dengan penilaian kritis terhadap orang lain. Ketika seseorang jatuh cinta, ia kehilangan kemampuan mengkritisi orang yang dicintai. Ini yang menyebabkan seseorang sering salah mengambil keputusan ketika sedang jatuh cinta.

Menjadi buta ketika mencinta bisa karena seseorang selalu mengingat hari-hari pertama dengan pasangan. Indah, dan berjalan amat menyenangkan. Inilah yang membuat cinta itu buta.

Area otak yang diaktifkan oleh rasa cinta mengtinjauankan rasa euforia. Fakta ini menjelaskan kekuatan cinta romantis memotivasi kegembiraan.

sumber
ReadFull Article ..

Rabu, 12 Maret 2014

Kasihan ! Gadis Kecil ini di Jemur dan Berlutut di Jalan Sebagai Hukuman

31 Julai 2013
 
Seorang gadis dipaksa untuk berlutut di tanah sambil melakukan pekerjaan rumahnya sebagai hukuman pada hari terpanas dalam setahun di China, ketika pemerintah kota mengeluarkan peringatan merah pertama tahun ini, tertinggi dari sistem peringatan tiga tingkat.

 

Sementara itu tidak diketahui   apa kesalahan gadis kecil itu, saksi yang memposting foto kejadian mengatakan orangtuanya memaksanya untuk melakukannya untuk belajar dari kesalahannya.

Gadis itu tetap seperti itu selama lebih dari satu jam sebelum ia diizinkan untuk masuk ke dalam rumah.

Foto itu menciptakan kegemparan di internet, dengan banyak kritikan yang ditujukan ke orang tua gadis kecil itu dan mengatakan mereka harus dihukum kerana melanggar hak-hak asasi anak.

Suhu permukaan di jalan diyakini sekitar 50 darjah selama hukuman gadis itu. Sungguh tega.

sumber | iniunic.blogspot.com
ReadFull Article ..

Selasa, 11 Maret 2014

Foto masa kecil Putera William dan Kate Middleton


Kerajaan Inggris tengah berbahagia. Kerana pasangan will dan Kate akhirnya dianugerahi calon anak pertama mereka, setelah mereka menikah selama 19 bulan.

Usia kehamilan Kate dikabarkan telah menginjak usia 12 minggu. Kini Kate sedang menjalani rawat inap di rumah sakit untuk memulihkan keadaannya setelah mengalami Hyperemesis Gravidarum, semacam morning sickness akut, beberapa hari yang lalu.
Sekarang, kita lihat-lihat dulu  galeri foto mereka semasa bayi. Seperti apa  pasangan bernama lengkap Catherine Elizabeth Middleton dan William Arthur Philip Louis saat masih bayi. Happy enjoy the cuties!

(sumber&foto: dailymail)
Kate saat bayi digendong oleh ibunya Carole Middleton.

Baby William bersama sang ibunda Lady Diana.
Nenek dan kakek Kate, terlihat senang melihat bayi Kate yang cantik.

Foto resmi keluarga kerajaan Inggris, bersama bayi mungil bernama William.


Ayah dan Ibu Kate, bersama baby Kate
Ayah dan Ibu William, bersama baby Will.
 sumber
ReadFull Article ..

Senin, 10 Maret 2014

Lima fakta

PERTINGKATKAN kualiti kesihatan anda dengan lima fakta kesihatan paparan pada minggu ini untuk kebahagiaan anda sekeluarga.
Wanita menangis 64 kali setahun


MENANGIS boleh melegakan perasaan seseorang.


SUDAH sah bahawa wanita menangis lebih kerap, lebih lama dan dramatik berbanding lelaki!
Menurut satu kompilasi kajian saintifik yang dijalankan oleh Persatuan Oftamologi Jerman, secara puratanya, wanita menangis di antara 30 hingga 64 kali setahun. Sedangkan lelaki hanya menangis sekitar enam hingga 17 kali dalam tempoh yang sama.
Tempoh tangisan lelaki biasanya berlangsung sekitar dua hingga empat minit manakala sesi tangisan wanita pula kira-kira enam minit.
Para penyelidik mendapati wanita menangis ketika dibelenggu sesuatu masalah yang sukar diselesaikan atau apabila teringat kenangan lampau.
“Lelaki pula lazimnya menangis apabila mengasihani orang lain atau ketika berdepan dengan kegagalan sesuatu hubungan,” jelas salah seorang penyelidik.
Fungsi sebenar menangis masih tidak dikenal pasti. Namun, tangisan dipercayai menjanjikan sesuatu kesan yang melegakan tuan empunya badan. – German Society of Ophthalmology
Produk tenusu untuk langsing
PERCAYAKAH bahawa produk tenusu sebenarnya dapat membantu proses penyingkiran berat badan dan mencegah masalah obesiti? Ya, itulah tinjauan kajian terbaru sekumpulan saintis dari Universiti Teknologi New Curtin Australia.
Pengambilan produk-produk tenusu dalam kalangan sekumpulan peserta obes yang dikaji mendapati lemak pada abdomen dan tekanan darah mereka berkurangan.
Dalam kajian selama 12 minggu itu, berat badan peserta yang mengambil lima hidangan produk tenusu didapati menunjukkan pengurangan lebih banyak berbanding dengan peserta yang dihidangkan tiga hidangan diet yang sama.





“Kajian seumpama ini belum pernah dikaji. Diet seperti ini mengandungi paras protein, kalsium dan vitamin D yang tinggi, selain nutrien-nutrien bioaktif.
“Kesemua bahan ini penting sebagai sebahagian daripada pelan pengurangan berat badan atau diet pengekalan berat badan seseorang,” jelas Dr. Chan She Ping Delfos yang bertindak selaku ketua penyelidik.
Produk-produk tenusu itu boleh mengenyangkan perut serta meningkatkan kadar metabolik badan. Tetapi, jika ditambah ke dalam diet berkalori tinggi, ia bagaimanapun tidak akan memberi kesan pengurangan berat badan. – Independent
Kesan menghisap jari
BAYI yang menggunakan botol susu, puting palsu (pasifier) atau menghisap jari berkemungkinan terdedah kepada risiko tinggi mendapat gangguan pertuturan apabila dewasa nanti.
Para penyelidik kesihatan dari Corporacion de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur di Patagonia, Chile dan Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS) telah mengkaji sejumlah 128 orang kanak-kanak.
Kanak-kanak berusia di antara tiga hingga lima tahun itu tergolong dalam kumpulan yang memiliki amalan menghisap jari. Mereka yang menghisap jari atau menggunakan pacifier untuk tempoh melebihi tiga tahun didapati tiga kali ganda menghadapi masalah menyebut sesetengah perkataan apabila memasuki prasekolah.





“Hasil kajian mendapati tabiat menghisap jari atau puting palsu boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan pertuturan anak kecil,” kata Clarita Barbosa, salah seorang penyelidik. Dia memberitahu terdapat peningkatan dari segi penggunaan botol susu dan puting palsu sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
Laporan tersebut turut mendedahkan koordinasi antara pernafasan, mengunyah, menelan dan kepetahan bertutur ada kaitan dengan penyusuan ibu. – Journal BMC Pediatrics
Kopi kurangkan perkembangan penyakit hati
BERITA baik untuk penggemar minuman kopi. Terbaru, para penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan beberapa cawan kopi sehari berpotensi mengurangkan perkembangan penyakit hati.
Menurut ketua penyelidik dari Institut Kanser Kebangsaan (NCI) AS, Neal Freedman, pengambilan lebih daripada tiga cawan kopi sehari dalam kalangan pesakit hepatitis C dan penyakit hati tahap kronik akan membuahkan kesan positif.
“Perkembangan penyakit ini boleh dikurangkan sebanyak 53 peratus berbanding pesakit yang tidak mengambil minuman kopi,” katanya.


KOPI berpotensi mengurangkan perkembangan penyakit hati.



Beliau memberitahu kajian tersebut melibatkan seramai 766 peserta.
Para penyelidik mendapati terdapat pelbagai cara perkembangan penyakit hati dapat dikurangkan menerusi pengambilan kopi. Ini termasuk pengurangan risiko mendapat diabetes jenis kedua, mengurangkan keradangan yang dipercayai punca berlakunya fibrosis dan sirosis pada hati.
Kajian itu mendapati kandungan kafein dalam kopi didapati mampu menyekat pembentukan kanser hati pada tikus makmal.
Pengambilan teh hijau atau hitam yang juga mengandungi kafein bagaimanapun tidak memberi impak besar kepada perkembangan penyakit hati. – Journal of Hepatology
Kesan alkohol terhadap kejayaan IVF
GOLONGAN wanita yang mengambil di antara satu hingga sembilan unit wain putih seminggu adalah 24 peratus lebih rendah peluangnya untuk hamil dalam prosedur penyuburan In-vitro (IVF).
Kesan yang sama juga dilihat pada lelaki yang mengambil minuman bir setiap hari.
Seramai 2,574 pasangan telah dikaji dari segi kadar pengambilan dan jenis alkohol yang diambil sebelum menjalani IVF.





Ketua penyelidik, Brooke Rossi berkata, potensi untuk hamil bagi pasangan yang mengambil melebihi enam unit minuman beralkohol seminggu adalah berkurangan secara signifikan.
Potensi wanita untuk hamil telah dikurangkan sebanyak 18 peratus. Kesan ini sangat ketara lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita yang mengambil wain putih dan bir bagi lelaki. – American Society for Reproductive Medicine

ReadFull Article ..

Minggu, 09 Maret 2014

Isteri Tanam RM42 Ribu Elak Dikebas Suami

Isteri Tanam RM42 Ribu Elak Dikebas Suami


Isteri Tanam RM42 Ribu Elak Dikebas Suami - Kuala Lumpur : Tidak tahan wang simpanannya sering dilesapkan suami yang suka berjudi, seorang wanita terpaksa menyorokkan wang tinjauan pendapatannya menjual nasi lemak dengan mengorek lubang dan menanam tin berisi wang di dalam rumahnya.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mashitah, 42, berkata, tinjauan kegigihan dan sikap jimat cermatnya selama dua tahun, dia berjaya menyimpan RM42,000.
Menurutnya, tindakan menanam wang simpanan dalam tanah ikhtiar terakhirnya bagi memastikan wang miliknya tidak diambil suami yang ketagih bermain judi mesin kuda.
“Dia mengambil duit saya kerana setiap bulan semua gajinya sebagai penjawat awam habis digunakan untuk membayar hutang akibat berjudi.
“Malah, semua barang kemas saya berjumlah RM12,000 dia gadai dan duit digunakan untuk berjudi dan selepas itu, saya terpaksa menebus sendiri untuk mendapatkan balik barang kemas berkenaan,” kata ibu tiga anak berusia enam hingga 15 tahun itu. – Metro
ReadFull Article ..

Sabtu, 08 Maret 2014

VIDEO Pengusaha Butik Dikenakan Renjatan Elektrik Disamun Diraba



KUALA LUMPUR – Empat penyamun yang menggunakan alat renjatan elektrik terhadap seorang wanita ketika menyamun butik pengantinnya di Taman Tasik Permaisuri di sini, bukan saja melaram dengan pakaian dan barang curi bernilai lebih RM10,000 bagaikan orang kaya di sebuah pusat beli-belah, malah turut mencabul wanita berkenaan, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, empat penyamun berkenaan menyamar sebagai pelanggan ingin menempah pakaian untuk majlis akad nikah, mula mengintip pergerakan di kawasan butik beberapa jam sebelum itu.
Mangsa mahu dikenali sebagai Yati, 28, berkata ketika dia berehat di atas sofa butik yang terletak di tingkat satu, seorang lelaki masuk memberitahu mahu menempah pakaian untuk akad nikah melalui interkom.
Bagaimanapun katanya, sebaik membuka pintu butik, tiga lagi rakan lelaki itu menyerbu masuk sebelum mengenakan alat renjatan elektrik ke mukanya menyebabkan badannya lemah.
“Akibat terkena renjatan elektrik pada muka, saya terkencing dan terduduk lemah.
“Mereka menggeledah setiap ruang dalam butik dan melarikan beg tangan mengandungi 10 kad kredit, dua telefon bimbit, komputer tablet, barang kemas, wang tunai, cermin mata dan pakaian pengantin lelaki semuanya bernilai lebih RM10,000,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian tubuhnya turut diraba dan dalam tempoh 10 minit mereka dalam kedainya, seorang daripada suspek membuka seluarnya dan cuba mendekatinya tetapi dia sempat melarikan diri bersembunyi dalam tandas.
Sebaik mereka meninggalkan butiknya, Yati menghubungi bank bagi menamatkan perkhidmatan lapan daripada 10 kad kreditnya dan jangkaannya tepat apabila kumpulan itu cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Jalan Klang Lama, di sini.
Katanya, mereka melaram dengan pakaian pengantin yang dicuri dari butiknya itu dan berlagak seperti orang kaya dengan memasuki beberapa kedai jam dan cermin mata.
Menurut Yati, berdasarkan rekod bank, penyamun berkenaan cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli jam tangan berharga RM900 tetapi gagal kerana kad kredit berkenaan sudah dibatalkan.
“Sebaik dimaklumkan pihak bank kad kredit saya digunakan di pusat beli-belah itu, saya bergegas ke sana dan menemui pihak pengurusan pusat beli-belah bagi melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti wajah mereka,” katanya.
“Dalam rakaman itu jelas keempat-empat mereka memasuki beberapa kedai dengan bersahaja dan berlagak seperti orang kaya membeli-belah,” katanya.
Menurutnya, apabila beberapa transaksi pembelian mereka gagal, keempat-empat suspek melarikan diri. dan tidak sempat dikejar pemilik kedai.
Susulan itu, Yati membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. (Harian Metro)


ReadFull Article ..

Jumat, 07 Maret 2014

Running Man Akan Datang Ke Malaysia Pada September 2013

Running Man akan datang ke Malaysia pada bulan september 2013. Program realiti Running Man merupakan satu rancangan yang paling popular buat peminat K-Pop khususnya di negara ini. Menurut sumber, tujuan kehadiran mereka bukanlah untuk membuat penggambaran tapi ingin membuat sesi bertemu ramah dengan peminat Running Man khususnya di Malaysia.

running man

Tarikh, lokasi dan jumlah sebenar ahli Running Man yang datang masih belum dapat diketahui memandangkan perkara ini masih belum diumumkan secara rasmi. Apapun, kami yakin bahawa perkara ini akan diumumkan tidak lama lagi. SUMBER


ReadFull Article ..

Kamis, 06 Maret 2014

Perbezaan Drama Melayu Dan Drama Amerika Syarikat




Menarik sungguh artikel yang SIAKAPKELI baca di Facebook sebentar tadi. Rasa rugi tidak berkongsi dengan pembaca SIAKAPKELI buah fikiran saudara Mizan Hashri ini. Perbandingan antara drama Melayu dan drama Amerika Syarikat sememangnya menunjukkan drama kita masih tidak berkembang.
Berikut SIKAPKELI kongsikan artikel yang wajar yang difikirkan oleh kita amnya dan penerbit drama Melayu khususnya.



Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. 

Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.
Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.
Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin
Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)
Sementara itu drama TV Amerika pula:
House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.
Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.
Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.
Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagimeneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.

Produktivi
Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru’ untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.
TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.

Bahasa Inggeris
Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?
Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.
Pilihlah sendiri...


sumber:
ReadFull Article ..

Selasa, 04 Maret 2014

Penumpang Bas Buat Laporan Polis Digigit Pijat



TEMERLOH – Seorang penumpang bas ekspres terpaksa menahan gatal seluruh badan selama sembilan jam apabila diserang berpuluh ekor pijat dalam bas yang dinaiki dari Alor Setar menuju ke Temerloh, 8 September lalu.

Penumpang terbabit Agos Salim Mohd Som, 32, mendakwa, akibat serangan pijat itu seluruh badannya mengalami gatal yang teruk dan bengkak pada kaki dan belakang badan.

Menurutnya, turut sama diserang serangga tersebut ialah enam lagi penumpang lain yang menaiki bas sama.

“Kejadian berlaku semasa saya bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang selepas mengadili kejohanan mountain bike kebangsaan di Kedah.

“Saya naik bas berkenaan dari Jitra dan apabila sampai di Alor Setar, penumpang bas yang menuju ke Temerloh dan Kuantan diarah pengurusan syarikat bas itu untuk menaiki sebuah lagi bas berasingan.

“Selepas berada 10 minit dalam bas itu, saya terasa digigit di belakang badan. Pada mulanya saya ingat nyamuk, tetapi selepas beberapa kali digigit saya terpaksa menanggalkan baju dan dapati ia adalah pijat,” katanya.

Agos berkata, dia kemudian mengadu masalah itu kepada pemandu bas tersebut, namun pemandu tidak percaya sehinggalah dia menunjukkan bukti beberapa ekor pijat yang ditangkap.

“Apabila berhenti di sebuah hentian, pemandu bas itu menyembur racun serangga, tetapi keadaan tetap sama malah semakin ramai penumpang mengadu gatal seluruh badan.

“Saya terpaksa menahan rasa tidak selesa dan gatal selama sembilan jam hingga sampai ke Temerloh,” katanya.

Menurutnya, pada 10 September lalu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh mengenai kejadian yang menimpanya.

“Hingga hari ini saya masih gatal seluruh badan termasuk bengkak buku lali. Saya harap syarikat terbabit ambil tindakan segera dengan membunuh pijat itu supaya tidak berulang kepada penumpang lain terutama pelancong luar negara.

“Saya turut sertakan bukti, termasuk pengesahan klinik 1Malaysia dan laporan polis dibuat bagi menunjukkan rasa tidak puas hati saya,” katanya. – Sinar Harian



ReadFull Article ..

Senin, 03 Maret 2014

Sejukkan Dengan Wuduk




“Rasulullah SAW pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik.”
Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.
Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada Ente marah, maka hendaklah ia berwuduk.” Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan.
Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)
Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah, sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi. sumber

ReadFull Article ..

Minggu, 02 Maret 2014

Lepas Selangor Pulau Pinang Pula Akan Naikkan Gaji Adun EXCO!


Pulau Pinang dijangka mengikut jejak langkah Selangor memberi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan exco kerajaan negeri kenaikan gaji melebihi 80% meskipun kenaikan itu tidak setinggi yang diumumkan kerajaan Selangor Rabu lalu.

Dijangkakan kenaikan gaji itu akan diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng di penghujung mesyuarat DUN pada 17 Disember.

Jika pindaan diluluskan, gaji semua 40 Adun akan dinaikkan kepada RM6,000 berbanding sekarang RM4,112.79.

Kenaikan itu bermakna Adun akan menikmati gaji kasar RM11,500 sebulan yang merupakan kenaikan 88.13%.

Kertas cadangan kenaikan gaji itu telah pun diletakkan di atas meja semua Adun Pulau Pinang.

Sebelum ini, Adun Selangor dilaporkan akan menikmati gaji RM11,250 (87% kenaikan) sementara exco mendapat gaji baru RM20,250 (231%) bermula Januari tahun depan.

Menteri Besar pula mendapat kenaikan gaji 106.4% daripada RM14,175 kepada RM29,250 sementara Speaker dibayar RM22,500 (268% kenaikan) dan Timbalan Speaker RM15,750 (373%).
ReadFull Article ..

Sabtu, 01 Maret 2014

Nora Danish Dan Nedim Semakin Mesra


WALAUPUN tiada sebarang pengakuan yang dibuat oleh aktres comel ini, namun rasa-rasanya sesiapa yang mengikuti laman Instagram Nora Danish akan mengiakan cerita dia kini sedang bercinta dengan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri.

Baru-baru ini Nora juga dilihat menghadiri majlis tahlil yang dibuat untuk arwah nenek Nedim yang meninggal dunia, Ahad lalu.

Selain itu, Nora juga gemar memuat naik video gelagat comel anak Nedim yang digelar Dre Dre bersama putera tunggalnya sendiri, Putra Rayqal Ramli.

Kebanyakan peminat pun sudah semakin merestui hubungan mereka berdua malah ada yang tidak sabar-sabar untuk melihat merpati dua sejoli ini disatukan.

Di bawah ini penulis kongsikan gambar-gambar mesra Nora dan Nedim buat tatapan pembaca semua serta video comel anak kedua-dua mereka.









ReadFull Article ..